Kumpulan penggodam perkenal rangkaian sosial
SAN FRANCISCO: Kumpulan penggodam yang kian mendapat nama, Anonymous
hari ini melancarkan rangkaian sosialnya selepas Google menolak
permintaan kumpulan itu untuk menempatkan komuniti online dalam sisten
rangkaiannya.
“Hari ini kami mengalu-alukan anda bagi memulakan era baru," kata kumpulan penggodam itu dalam laman web mereka: anonplus.com, yang dijadikan platfom untuk menyebarkan maklumat mengenai kumpulan itu.
“Selamat Datang ke Revolution - satu rangkaian sosial baru yang tiada
lagi kebimbangan mengenai tapisan, pengharaman atau penangguhan," kata
lamam web sosial kumpulan itu.
Pengwujudan rangkaian sosial itu dibuat selepas akaun Anonymous
digantung di tapak komuniti online Google+ yang dilancarkan bulan lalu
oleh gergasi internet itu sebagai menyaingi Facebook.
Mesej yang dipaparkan di laman web anonplus.com berjanji bahawa laman sosial Anonymous adalah percuma untuk semua orang dan mendaftarkan aktivis online bagi mengambil bahagian dalam projek atau program rangkaian sosial baru itu.
“Hari ini kami mengalu-alukan anda bagi memulakan era baru," kata kumpulan penggodam itu dalam laman web mereka: anonplus.com, yang dijadikan platfom untuk menyebarkan maklumat mengenai kumpulan itu.
Mesej yang dipaparkan di laman web anonplus.com berjanji bahawa laman sosial Anonymous adalah percuma untuk semua orang dan mendaftarkan aktivis online bagi mengambil bahagian dalam projek atau program rangkaian sosial baru itu.
Comments
Post a Comment