SHAH ALAM, 5 Ogos: Timbalan Pesuruhjaya I PAS Selangor, Iskandar A Samad (gambar)
berharap semua pihak tidak wajar membuat kenyataan yang menunding jari
kepada mana-mana pihak sebelum mendapat laporan lengkap daripada Jabatan
Agama Islam Selangor (Jais).
Ini kerana kata beliau, isu pemeriksaan Jais ke atas satu majlis di
bangunan Gereja di Damansara Utama sebagaimana yang dilaporkan media
terlalu sensitif kepada semua pihak.
Sehubungan itu beliau menegaskan semua pihak perlu berhati-hati
membuat ulasan tentang tindakan Jais selagi belum menerima satu laporan
lengkap daripada pihak Jais.
Berhubung kenyataan Exco Hal Ehwal Agama Islam Selangor, Datuk Dr
Hasan Ali, setakat ini belum ada lagi apa-apa pertemuan di antara beliau
dan Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor.
Katanya, kenyataan Hasan yang diulas oleh beberapa pihak hanyalah kenyataan yang dilaporkan oleh media.
"Saya harap satu pertemuan di antara beliau dan pimpinan PAS Selangor
perlu diadakan dan saya menyokong kenyataan Menteri Besar Selangor yang
mahukan satu laporan lengkap dari pihak Jais," tegasnya yang juga
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan, Pengurusan Bangunan dan
Setinggan negeri.
Beliau mencadangkan PAS Selangor mengadakan pertemuan dengan pihak
Jais dan pihak gereja untuk mendapatkan gambaran yang sebenar tentang
peristiwa tersebut. |
oooo baru ler aku paham sket, media2 lain ni macam shial ar... laporan penuh belum ada dah pandai2 nak mengulas macam2.. wei2! ko nak hancurkan benda yg aman ke bodoh!!
ReplyDelete