Siapa jual 3 pulau di #Sabah ?
Dewan
Pemuda PAS Negeri Sabah (DPPNS), kelmarin telah menghantar memorandum
kepada Datuk Seri Musa Aman yang juga Ketua Menteri Sabah berhubung
bantahan terhadap isu penjualan Pulau Mentukod, Mengalum dan Pandanan
sebagaimana yang didedahkan akhbar tempatan baru-baru ini.Memorandum
diserahkan sendiri oleh Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah, Lahirul
Latigu kepada wakil Setiausaha Politik Ketua Menteri, Noorlaimah Marjan
yang mewakili Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman.
Penyerahan dilakukan di Pejabat Setiausaha Politik Ketua Menteri, Wisma Innoprise.
Dalam
memorandum yang diserahkan, DPPNS mengalu-alukan kenyataan balas yang
dikemukakan oleh Pengarah Jabatan Tanah dan Ukur Sabah, Datuk Osman
Jamal berkaitan isu penjualan pulau tersebut.
“DPPNS berpendapat kenyataan tersebut masih kabur tentang perihal hak dan khazanah negeri Sabah agar terus terpelihara.
“Timbul
persoalan, bagaimana dengan mudahnya berlaku pertukaran tanah atau land
swap antara Kementerian Pertanian dan Industri Makanan dengan pemaju
yang hanya dikenali sebagai Wisma Pertanian terhadap Pulau Mengalum
sedangkan ianya terletak di Zon Ekonomi Ekslusif (ZEE) yang sedia
maklum sangat bernilai dan menjadi tarikan pelancong,” kata Lahirul.
Tambah
Lahirul, transaksi ini sebenarnya telah menyebabkan kerajaan kerugian
jutaan ringgit di samping kehilangan khazanah bernilai buat Malaysia
amnya dan negeri Sabah khususnya.
Beliau
juga turut menggesa agar kerajaan negeri Sabah di bawah kepimpinan
Barisan Nasional agar menyatakan dengan jelas mengenai siapakah
Syarikat Pemaju Wisma Pertanian dan individu yang bertanggungjawab di
sebalik syarikat tersebut.
“Nyatakan
siapakah individu terbabit dan jika urusniaga tersebut dibuat tanpa
autoriti pihak terbabit, maka ini boleh dianggap sebagai pencabulan
terhadap hak pulau tersebut.
“Perjelaskan
juga, bagaimanakah Pulau Montukod dan Pandanan yang berstatus Native
Title (NT) boleh dijual di pasaran antarabangsa sedangkan kebenaran
(pulau-pulau berkenaan) hanya untuk aktiviti pertanian,” tegas beliau.
DPPNS
juga, katanya mempersoalkan mengenai status penganugerahan pulau
tersebut yang telah dilakukan pada sebelum ini daripada kerajaan
Barisan Nasional.
“Apa tindakan yang perlu dilakukan untuk memastikan kepentingan hak bersama terjaga?
“Sekiranya
Jabatan Tanah dan Ukur boleh menguatkuasakan Seksyen 42, Ordinan Tanah
Sabah, Bab 8 bagi merampas hak Tanah Adat terhadap penduduk-penduduk
kampong dipedalaman, maka ia juga sepatutnya mampu untuk
menguatkuasakan undang-undang yang berada di ruang lingkup yang sama
bagi menjaga kepetingan rakyat Sabah secara keseluruhannya.
“Adalah
memalukan jika pulau yang memiliki ratusan hektar, yang mempunyai
kepentingan maritime dan kedaulatan Negara dibiarkan sahaja terlepas
kepada pihak asing tanpa ada tindakan prerogative dan
bersungguh-sungguh pihak kerajaan mempertahankannya.
“DPPNS
mengulangi pendirian agar pihak kerajaan menghalang penjualan
pulau-pulau tersebut memandangkan ia akan mendatangkan banyak kerugian
terutama kepada khazanah berharga yang menjadi hak kepada seluruh rakyat
Sabah,” katanya.
Turut
mengiringi adalah Ketua AMK Sabah Saudara Jefri Jomion bersama AMK
Sabah, wakil Pemuda DAP (DAPSY) Sabah di samping Pemuda Pas dan
penyokong.
Comments
Post a Comment