Pages

Wednesday, November 16, 2011

#Arroyo rancang untuk tinggalkan #Filipina

MANILA: Bekas Presiden Filipina, Gloria Arroyo akan membuat satu lagi percubaan untuk meninggalkan negara itu hari ini, sehari selepas kerajaan mengeluarkan perintah mahkamah dan menyekat usaha pertama beliau baru-baru ini, kata pembantu bekas pemimpin itu. 

Arroyo, 64, berkata beliau amat memerlukan rawatan perubatan di luar negara bagi mengubati penyakit tulang belakangnya, tetapi pentadbiran Presiden Benigno Aquino enggan membenarkan Arroyo meninggalkan negara itu kerana bimbang beliau akan memohon untuk mengelak daripada siasatan kes rasuahnya.
Arroyo, memakai pendakap leher dan berkerusi roda, tiba di Lapangan Terbang Manila dengan menaiki ambulans lewat petang semalam untuk terbang ke Singapura, beberapa jam selepas Mahkamah Agung memerintahkan kerajaan tidak boleh menghalang Arroyo untuk ke luar negara.


p/s : pura2 gila lagi member ni haha

No comments:

Post a Comment