JAWAPAN LENGKAP NUR AMALINA CHE BAKRI



Semalam, bermula jam 5.17 petang, sekumpulan wartawan tempatan berada di rumah ibu pelajar cemerlang 17A1 pada peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2005, Nur Amalina Che Bakri bagi mendengar sendiri jawapannya terhadap semua isu yang tersebar di media sosial.

Perbualan melalui sidang video Skype lebih sejam sangat mesra malah penuntut Universiti Edinburgh, United Kingdom itu menjawab setiap persoalan yang diajukan kepadanya.

Kini berusia 24 tahun, gadis yang lahir pada 7 Disember ini sekali lagi menjadi tajuk utama akhbar tempatan semalam; genap setahun selepas kisahnya dipaparkan mengenai dakwaan dia gagal dalam pengajiannya di luar negara (read here) dan pulang senyap-senyap ke rumah ibunya.



Khabar angin itu bagaimanapun tidak benar. Sekali lagi, minggu ini, kisah gadis pintar ini hangat diperkatakan.

Media sosial sejak beberapa hari lalu hangat memperkatakan tentang isu gambar Nur Amalina mengenakan 'legging' yang diambil dari arkib foto akaun Facebook miliknya.

Mungkin ini harga yang perlu dibayar menjadi seorang ikon yang cemerlang dalam pendidikan sehingga menjadi rutin tahunan yang perlu dihadapi keluarganya.

Sebelum mendengar penjelasan Nur Amalina, perkembangan terkini gadis ini harus diberi perhatian kerana kini turut terlibat dalam menyediakan kertas penyelidikan untuk dimuatkan dalam jurnal perubatan di Eropah.

Apa yang membanggakan, selain pengajian perubatan, Nur Amalina yang memperolehi keputusan cemerlang, turut ditawarkan mengambil ijazah tambahan dalam bidang farmakologi dalam tempoh setahun berbanding empat tahun.

Pastinya bukan mudah untuk bergelut dengan dua ijazah apatah lagi di negara asing. Berikut adalah cerita Nur Amalina:

Full stories and videos : Here

p/s : Memang salah ada org cuba nak jatuhkan cik nur ni... cuba nak aib2 kan org. Tapi ada salah juga salah cik ni. AURAT. :D paham2 ja la kalau islam k. apa pun semoga berjaya dunia dan akhirat. Datang malaysia jgn lupa bawa ole2 hehe

Comments

  1. ape pun kak.. semoga baik2 d sana :D hehe

    ReplyDelete
  2. Respond Nur Amalina - Isu foto legging dan rakan lelaki di youtube.
    - Kalau begambar dengan leggeng and pic tu kena ambil dgn mum ko... ok la tu? memang tak salah?
    - Ambil gambar dgn lelaki tak berpegang tgn pun bilang? nyahahaha cuma gambar ala2 peluk ja kan? aduiyay

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts