Rentung terbelit kabel #kemalangan

MEMBAKUT: Hasrat murni seorang lelaki mahu menunaikan solat terawih di surau berhampiran rumahnya tidak kesampaian apabila dia terkena renjatan elektrik selepas motosikal ditunggangnya merempuh kabel elektrik yang melintang di tengah jalan di Kampung Ulu Lumantak dekat sini semalam.

Rempuhan itu menyebabkan Nordin Haji, 48 tahun terjatuh menyebabkan lehernya terbelit kabel. Impak tersebut juga menyebabkan tubuhnya separuh rentung dan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital. Sumber mengatakan bahawa motosikal yang ditunggang mangsa merempuh kabel elektrik yang melintang di atas jalan raya kira-kira 100 meter daripada surau kampung berkenaan. Orang ramai yang menyaksikan kejadian tersebut cuba untuk membantu mangsa tetapi tidak berani untuk menyentuh tubuh mangsa kerana arus elektrik yang masih mengalir.
Orang ramai kemudian menghubungi pasukan Bomba dan Penyelamat Daerah Bomba yang memaklumkan perkara tersebut kepada pihak Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) untuk mematikan arus elektrik berkenaan.
Ketua Polis Daerah Beaufort, Deputi Superintenden Mustaffa Maarof Mustaffa berkata sebelum kejadian, sebuah lori kontena telah melalui jalan berkenaan dan dipercayai terlanggar kabel tersebut menyebabkan kabel berkenaan terputus dan jatuh melintang di jalan raya. Mangsa dipercayai berada di belakang lori kontena itu dan tidak menyedari ada kabel elektrik melintang di tengah jalan.
Kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian tersebut diminta untuk mengubungi talian 087- 211222 untuk mempercepatkan siasatan dijalankan.

Comments

Popular Posts