KUANTAN, 21 Julai:
"Di negara mereka, ditetapkan peraturan zon bafer seluas 30 km dari
kilang rare earth (nadir bumi), namun di sini, jika apa-apa berlaku
seluruh bandar Kuantan akan terlibat kerana kilang ini hanya 25 km
sahaja dari bandar Kuantan."
Fakta inilah yang membuatkan
penduduk Kuantan sekarang resah dengan kehadiran kilang 'lampu' atau
'Lamp' yang akan dibina di kawasan perindustrian Gebeng, 25 km dari
bandar Kuantan. Ia disingkatkan dengan nama Lamps On pada papan tandanya
di Gebeng.
Namun sebagaimana biasa, masyarakat Cina di sini jauh
lebih resah berbanding dengan orang Melayu kerana inilah yang sentiasa
berlaku apabila melibatkan sensitiviti masyarakat. Mereka telah
mengepalai NGO "Save Malaysia - Stop Lynas' bagi melawan projek ini.
Presiden
PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menyalahkan sikap media
Melayu yang terlalu 'membela' kerajaan dalam laporan mereka menyebatkan
sensitiviti orang Melayu rendah dalam isu sebegini.
Satu keluarga
Cina di Kuantan diminta berpindah dari bandar itu oleh ibu mereka
kerana takutkan apa yang berlaku di Bukit Merah, Ipoh berlaku lagi di
Kuantan dengan pembinaan kilang 'Lamp' ini.
Ini
kerana, kilang yang sama di Bukit Merah, Ipoh (bukan Bukit Merah,
Taiping) telah diarahkan tutup oleh Mahkamah Tinggi pada tahun 1992
ekoran tindakan penduduk tempatan membantahnya selepas dipercayai
menyebabkan pelbagai kecacatan dan kematian kepada penduduk berhampiran
kilang ini.
(Papan tanda jalan masuk ke kilang Lynas di kawasan perindustrian Gebeng, Kuantan) Lamp
adalah singkatan dari perkataan Lynas Advanced Material Plant (LAMP)
sebuah kilang memproses nadir bumi yang sudah 65 peratus siap (ada yang
berkata 90 peratus siap) sekarang ini. Ia dibina di atas tapak sebuah
kawasan perindustrian yang berjiran juga dengan kilang-kilang
perindustrian yang lain di situ.
Antara kilang yang berkongsi
pagar dengan Lamp adalah Polyplastics, BASF Petronas Chemicals dan juga
Palmoil Industrial Cluster yang sedang dibina.
Di seberang jalan pula adalah pusat latihan Agensi Penguatkuasaan Meritim Malaysia (APMM).
Pada
papan tandanya, tercatat papan tanda LAMPS ON atau Lynas Advanced
Material Plant (LAMP) yang dimiliki Lynas Malaysia Sdn Bhd dan UGL
Resources. UGL Resources adalah syarikat utama yang berpengkalan di
Australia dalam bidang Pengurusan Aset dan Projek dengan jumlah
kakitangan sekitar 42,000 orang.
Mereka
telah dianugerahkan Kontrak Pengurusan Projek Pembinaan Lynas di Gebeng
pada 22 Februari 2010 dengan nilai kos pengurusan projek di sekitar
RM96.8 juta.
UGL Resources bertanggunjawab di dalam urusan rekabentuk kejuruteraan
kilang Lynas. Kos infrastruktur Lynas di Gebeng dianggarkan sekitar
RM700 juta.
(Bangunan APMM yang siap untuk digunakan hanya dipisahkan
dengan jalan raya dan sebuah kilang sahaja dengan kilang Lynas. Ia tidak
sampai 5 km jaraknya sebagaimana yang disarankan dalam laporan EIA)
Kilang ini adalah 100 peratus milik Lynas Australia dan dijadual
untuk disiapkan Suku-3 2011 (iaitu September). Tarikh asal dikatakan
pada suku-pertama 2011 (Mac).
Selepas siap nanti, nadir bumi
yang dilombong di Australia akan dibawa ke perlabuhan Kuantan dengan
kapal. Dari kapal, ia akan dibawa dengan lori ke kilang ini untuk
diproses sebelum dieksport semula.
Ada beberapa isu penting yang membimbangkan penduduk tempatan.
1)
Bahan 'nadir bumi' ini berupa gentian yang sangat halus yang
mengandungi bahan radio aktif. Ia sangat merbahaya kalau tertelan atau
dihidu dan masuk ke dalam badan.
2) Semasa memproses nadir bumi
ini, ia akan melibatkan penggunaan yang asid Hidroklorik dan asid
Sulfurik yang banyak. Ia sangat bahaya kalau terlepas bebas ke udara.
3)
Prosesnya juga melibatkan banyak air dan air yang telah digunakan akan
dilepaskan ke Sungai Gebeng selepas dirawat. Namun setakat manakah
rawatan itu berlaku dan apa berlaku jika rawatan ini tidak lengkap.
3) Bahan sisa kilang ini juga mengandungi radio aktif. Di mana ia akan dibuang dengan selamat.
Ke
empat-empat isu inilah telah menyebabkan penduduk tempatan khasnya di
Beserah dan Gebeng serta Kuantan menubuhkan NGO khas bagi menghadapinya.
Badan itu adalah Save Malaysia - Stop Lynas dan satu lagi Badan Bertindak Anti-Rare Earth Refinery (Badar).
(Tiga penggerak utama Badar yang dipimpin oleh Amdan Sura [berdiri di tengah] ketika ditemui di Gebeng Ahad lepas)
Hari
ini, Badar telah menyerahkan memorandumnya kepada Kementerian
Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) bagi membantah kebenaran
yang diberikan MITI untuk pembinaan kilang ini di Malaysia.
Mereka
juga bertemu dengan Lajnah Guaman PAS bagi membuat proses tindakan
undang-undang bagi menyekat pembinaan kilang ini di Gebeng.
"Pada
peringkat awal dahulu kita agak lunak dengan pembinaan kilang ini
tetapi setelah mengetahui secara mendalam, kita tidak akan biarkan dan
akan menentangnya," kata Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul hadi
Awang kepada Harakahdaily dua hari lalu. |
Comments
Post a Comment